JIka di beri pilihaN yaNg maNa satu piLihan Hati ibu AyaH ????
"SAYA CUMA BODOH, BUKAN JAHAT"
Seorang rakan berbangsa Cina yang pernah mengajar murid pemulihan bercerita kepada saya tentang anaknya.
Katanya, beliau ada 2 orang anak. Yang sulung, perempuan...selalu mendapat keputusan yg baik dalam peperiksaan. Yg kedua lelaki, agak lemah dan 'merangkak' bila membaca.
Katanya, beliau ada 2 orang anak. Yang sulung, perempuan...selalu mendapat keputusan yg baik dalam peperiksaan. Yg kedua lelaki, agak lemah dan 'merangkak' bila membaca.
Oleh kerana beliau biasa berhadapan dengan murid pemulihan, beliau sangat takut jika anaknya itu juga merupakan murid pemulihan. Maka, guru ini gigih mengajar anaknya di rumah.
Disebabkan anaknya itu agak lambat menguasai kemahiran membaca tersebut, beliau sering memarahi anak itu semasa mengajarnya. Hinggalah pada suatu hari....anaknya berkata dengan juraian air mata;
Disebabkan anaknya itu agak lambat menguasai kemahiran membaca tersebut, beliau sering memarahi anak itu semasa mengajarnya. Hinggalah pada suatu hari....anaknya berkata dengan juraian air mata;
"Mami, janganlah marah saya. Saya cuma bodoh, tapi saya bukan jahat"
😢
😢
😢
😢
😢
Kata2 anaknya itu sungguh menghiris hatinya. Barulah beliau sedar, betapa benarnya kata2 anak itu. Dia cuma tak pandai membaca. Itu bukanlah satu kesalahan jenayah!
Rakan saya akhirnya menerima kekurangan anaknya itu. Beliau dengan sabar terus membantu anaknya di rumah, tetapi mengikut keupayaan anak itu .
Beliau sedar, setiap manusia memiliki tahap kepandaian yg berbeza. Ada yg cepat, ada yg lambat, dan ada yg memang direzkikan IQ rendah.
Beliau sedar, yg membuatkannya marah2 semuanya kerana KPI
KPI seorang ibu yg kononnya mahu anak cemerlang
KPI sekolah yg kononnya mahu peningkatan prestasi
KPI kementerian yg mahu sifar buta huruf
KPI seorang ibu yg kononnya mahu anak cemerlang
KPI sekolah yg kononnya mahu peningkatan prestasi
KPI kementerian yg mahu sifar buta huruf
Tapi ramai yg lupa...
Ada anak yg sakit mindanya
Ada budak yg lemah ingatannya
Ada murid yg lambat takulnya.
Ada anak yg sakit mindanya
Ada budak yg lemah ingatannya
Ada murid yg lambat takulnya.
Cerita rakan saya itu juga menginsafkan saya. Air mata saya turut bertakung dengan ayat "Saya cuma bodoh, bukan jahat".
Terbayang wajah2 murid pemulihan saya yg sesekali saya marahi dek kerana SABAR terbang melayang
ðŸ˜.
Semoga semua guru dikurniakan kesabaran melaksanakan tugas mencabar ini.
Terbayang wajah2 murid pemulihan saya yg sesekali saya marahi dek kerana SABAR terbang melayang
Semoga semua guru dikurniakan kesabaran melaksanakan tugas mencabar ini.
Pesanan saya buat ibu bapa, bantulah anak2 yg lemah ini di rumah. Murid pemulihan sangat perlukan bimbingan 'one to one'.
*Anak rakan saya tersebut kini sudah pun belajar di IPT berkat kesabarannya.
#CatatanGuruPemulihanKhas
Credit to cikgu Mazlina Othman
Credit to cikgu Mazlina Othman

Comments
Post a Comment